PERKAHWINAN - MELAYU - MALAYSIA

kursus kahwin, perkahwinan, syokkawin, melayu, kuala lumpur, malaysia

Oleh Adnan Mohamad
am@hmetro.com.my


PASIR MAS: Akibat enggan membalas cinta seorang kakitangan kerajaan yang mahu menjadikannya isteri ketiga, seorang wanita berusia 22 tahun terpaksa melalui pengalaman menakutkan, termasuk diugut bunuh di Cabang Empat Tok Uban di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Ain mendakwa Perodua MyVi dipandunya dirempuh kereta lelaki berkenaan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Kelar.

Dia sebelum itu menyedari diekori lelaki dikenalinya itu yang memandu Proton Wira hijau.

Menurutnya, ketika cuba membelok ke simpang kanan di tempat kejadian, keretanya dirempuh dari belakang sebelum dirempuh kali kedua pada bahagian kanan apabila dia cuba melarikan diri.


“Selepas pelanggaran kali kedua itu, kereta saya dan kereta lelaki terbabit terhenti di tepi jalan. Saya tidak berani keluar dari kereta, tetapi hanya menurunkan cermin kerana ketakutan.

“Saya kemudian melihat lelaki terbabit keluar dari keretanya dan menuju ke arah saya sambil memberikan kata-kata ugutan, ‘mujur mu tak mampus, jumpa sekali lagi mampus mu!’,” katanya yang bertugas sebagai kerani di sebuah syarikat ejen insurans di KoGelora nafsu ingin pasang tigata Bharu.

Berikutan kejadian itu, Ain menghubungi teman lelakinya yang datang untuk menyelesaikan perkara itu secara baik, namun berlaku sedikit pergaduhan apabila dia turut dipukul lelaki berkenaan.

“Saya kemudian ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk membuat laporan kerana lelaki terbabit membuat ugutan untuk membunuh saya selain merempuh kereta saya hingga terbabas.

“Saya yakin dia memang mempunyai niat tidak baik apabila mengekori kereta saya sejauh satu kilometer selepas rempuhan kali pertama,” katanya.

Ain berkata, dia mengenali lelaki berusia 37 tahun itu yang dipercayai bertugas di sebuah pejabat kerajaan negeri.

Ketika itu, wanita berkenaan mendakwa tidak mengetahui niat lelaki terbabit yang berhajat memperisterikannya kerana mengetahui dia sudah mempunyai dua isteri selain dikatakan pernah bercerai.

“Sebelum kejadian kelmarin, dia pernah menghalang kereta saya dari belakang dan apabila saya keluar dari kereta, tiba-tiba kepala saya dipukul.

“Selain itu, dia pernah mengungkit perkara lama, termasuk pernah membantu saya mendapatkan bantuan wang tunai ketika saya masih belajar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mazlan Lazim, mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian itu.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Share 

Add a Comment

You need to be a member of PERKAHWINAN - MELAYU - MALAYSIA to add comments!

Join this Ning Network

Birthdays

Buzz ddradamz


Music

Loading…

Badge

Loading…

Notes


Created by ddradamz Oct 13, 2008 at 3:31pm. Last updated by ddradamz Oct. 31, 2008.

PENAFIAN

Blog ini ibarat 'scrap book' saya yang mengumpulkan koleksi artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan kesihatan, perkahwinan dan pedoman agama. Artikel di sini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi.Oleh itu, saya tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan kesihatan, kaunseling rumahtangga mahupun undang-undang dan hal ehwal agama yang mendalam. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah yang… Continue

Created by ddradamz Oct 31, 2008 at 4:58pm. Last updated by ddradamz Oct. 31, 2008.

PROMOSI PERNIAGAAN ANDA?

Anda terlibat dalam industri perkahwinan? Promosikan perniagaan anda di http://perkahwinan.ning.com secara percuma dan hebahkan web ini kepada rakan dan kenalan seramai yang mungkin.

Bagaimana ingin mempromosikan perniagaan anda? Mudah Sahaja Sila ikut step ini.

1. Sign Up sebagai Member
2. Click Blogs / Forum Bisnes
3. Click add discussion
4. masukan info perniagaan, URL, gambar dan sebagainya dan yang paling penting lokasi pekhidmatan ditawarkan oleh anda
5. publish post
6. dan Jangan Lupa Updatekan profile anda di "My Page"

Anda juga boleh click Photo, Blog atau Video untuk mempromosikan perniagaan anda

Bagaimana hendak promote http://perkahwinan.ning.com

1. clik Invite
2. Masukan senarai email yang terdapat dalam email2 anda
3. send kepada semua kenalan anda.

Bersama-sama memajukan perniagaan Ummah!!







Search Engine Optimization and SEO Tools


DigNow.net














Direktori Blogger Malaysia | Himpunan Blog Warga Malaysia

Akademi Fashion Design, Kuala Lumpur "Melahirkan Pereka Fesyen Muda yang Ternama"

SrikandiCyberjaya replied to SrikandiCyberjaya's discussion 'Kemasukan intake seterusnya'

SrikandiCyberjaya replied to SrikandiCyberjaya's discussion 'Kemasukan intake seterusnya'
kalau ada student yg ada experience about this clg boleh lah beri suggestion kt my email kay : iezans_1731@yahoo.com really2 need your help..

SrikandiCyberjaya added a discussion

SrikandiCyberjaya added a discussion
Hye, saya izan., adik i ni lelaki, berminat nak masuk kursus jahitan.. if spm x berapa bagus boleh x apply this program? and, apa ye structure pembelajaran disini? ada sediakan hostel? fees pula bagaimana ? mahal x?

Ty_Cie updated their profile photo

Ty_Cie updated their profile photo

Dr. Azimuth Bioherbal

Blog pelajar Farmasi

ddradamz added a blog post

ddradamz added a blog post
MINYAK KELAPA DARA DAN PROPOLIS GINSENG HONEY Kehebatan khasiat, khazanah ‘alam anugerah Tuhan Mencegah lebih baik daripada mengubatinya - Utamakan Kebersihan diri, dan persekitaran sekeliling kita Virus atau kuman mudah menyerang sekiranya sist...
Continue

Blog Pelajar Ukur Tanah

algeo replied to algeo's discussion 'PERKONGSIAN NOTA RUJUKAN'

algeo replied to algeo's discussion 'PERKONGSIAN NOTA RUJUKAN'
SIAPA -SIAPA BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN NOTA RUJUKAN BOLEH BERHUBUNG DENGAN SAYA MELALUI EMAIL. OK.

algeo added a discussion

algeo added a discussion
TOPIK INI DI UTARA UNTUK BERKONGSI NOTA- NOTA UKUR DIKALANGAN KITA BERSAMA

algeo survey note

algeo survey note

Blog Pelajar Diploma Landskap

© 2009   Created by ddradamz on Ning.   Create a Ning Network!

Badges  |  Report an Issue  |  Privacy  |  Terms of Service

Sign in to chat!